UMNO Perak akan mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malah demi masa depan parti.
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia perlu dilakukan ekoran perubahan landskap politik negara ketika ini.