SME Bank menumpukan agenda persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam penerapan budaya di seluruh bank pada 2022, berikutan pelancaran pelan hala tuju kelestarian tiga tahunnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Aria Putera Ismail berkata inisiatif ini bukan sahaja akan mewujudkan rangka kerja matlamat pembangunan mampan (SDG) komprehensif dan bersesuaian dengan bank itu tetapi juga akan memaksimumkan kesedaran dalam kalangan pelanggannya.