Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi diakui telah memberikan kesan positif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pasukan yang diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu dilihat berjaya mengawal kenaikan harga barang, termasuk minyak masak dan ayam.