Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd, menafikan dakwaan ia akan menarik diri dan meninggalkan bekas Perdana Menteri itu.
Datuk Zaid Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan, firma guamannya, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST), tidak pernah membuat sebarang kenyataan bahawa ia akan menarik diri sebagai peguam cara.