Sebanyak 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, hari ini.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan, ini susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4:30 pagi tadi.