Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami patah tulang selangka dan luka di bahagian badan apabila melanggar sisi depan sebuah kereta di Jalan Wakaf Aik, Bachok petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Muhamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang itu turut menyebabkan kemalangan antara sebuah keereta Perodua Myvi dan Proton Exora.