Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mendapatkan rawatan di rumahnya, bulan lepas.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Hong Chiew, 51 tahun, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.