Taktik bot nelayan Vietnam menghanyutkan tali pukat ke laut untuk merosakkan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi meloloskan diri ke sempadan perairan Indonesia gagal apabila mereka ditahan selepas dikejar hampir setengah jam.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, dua buah bot nelayan asing bersama 23 nelayan termasuk dua tekong dikesan pada kedudukan kira-kira 50 hingga 60 batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu.