'Ubat saja, apa salah beri keistimewaan sedikit pada Najib?'

KiniTV 2022-09-14

Views 3.3K

Peguam kanan Zaid Ibrahim hari ini menggesa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin supaya memberikan Najib Razak ubat tekanan darah asal yang diberikannya sebelum ini.

Zaid berkata sebagai bekas perdana menteri yang telah berkhidmat untuk negara, Najib sepatutnya diberikan sedikit layanan istimewa, khususnya dalam bentuk rawatan perubatan.

Semalam Khairy berkata ubat tekanan darah Najib tidak ditukar kerana dia diberi ubat generik oleh Hospital Kuala Lumpur dengan formula yang sama.

Share This Video


Download

  
Report form