Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata dia belum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya negeri akan datang serentak dengan pilihan raya persekutuan.
Katanya isu berkenaan perlu dibincangkan di setiap peringkat dan dia akan mendapatkan pandangan daripada Sultan Selangor dan pucuk pimpinan Pakatan Harapan.