Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tiada satu pun parti yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad selama ini berjaya kerana orang Melayu masih memilih UMNO.
Naib Presiden Umno itu memetik Bersatu dan Pejuang sebagai contoh.
Dalam satu kenyataan, katanya tindakan bekas Perdana Menteri itu melabelkan Umno dengan pelbagai gelaran dan penghinaan hanya untuk menutup kegagalan dalam mewujudkan alternatif kepada Umno.