Perikatan Nasional akan mendapatkan penjelasan daripada Pas berhubung dakwaan wujud rundingan sulit antara parti itu dan Umno.
Ia mengenai keperluan kerjasama menentang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.
Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata penjelasan daripada presiden atau setiausaha agung PAS itu penting untuk mengetahui kebenaran rundingan berkenaan.