Warga Malaysia terlibat rasuah di AS 'hilang'

Sinar Harian 2022-09-06

Views 966

Warga Malaysia terlibat rasuah di AS 'hilang'

BERITA SEMASA 6 SEPTEMBER 2022

Seorang kontraktor warganegara Malaysia, Leonard Glenn Francis dipercayai terbabit dalam skandal rasuah utama Tentera Laut Amerika Syarikat melarikan diri dari tahanan rumah, lapor media San Diego Union-Tribune.

Difahamkan, Leonard Francis atau lebih dikenali sebagai 'Fat Leonard' lolos dengan memotong gelang kaki (GPS) pada pagi Ahad lalu.

Memetik sumber Timbalan Penyelia Marsyal Amerika Syarikat, Omar Castillo, sebagai berkata, Francis dipercayai merancang misi untuk melepaskan diri selepas jirannya melaporkan, wujud pergerakan trak keluar masuk dari rumah suspek sejak beberapa hari lalu.

Artikel: https://bit.ly/3QjCw6a

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form