UMK cipta rekod kibar Jalur Gemilang guna belon udara
BERITA SEMASA 27 OGOS 2022
Universiti Malaysia Kelantan mencipta kelainan dalam menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara kali ke-65 dengan mengibarkan Jalur Gemilang pada ketinggian 130 meter menggunakan belon udara, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.
Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak berkata, kibaran Jalur Gemilang itu yang bermula Khamis akan berakhir Hari Malaysia pada September ini merupakan manifestasi kecintaan terhadap negara oleh seluruh warga kampus.
Menurutnya, ia merupakan sambutan secara bersemuka kali pertama bersama warga kampus selepas negara berdepan dengan serangan pandemik Covid-19 tahun-tahun sebelumnya.
Artikel: https://bit.ly/3PUjO4L
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa