Rayuan akhir SRC: Ketibaan Najib disambut ratusan penyokong
BERITA SEMASA 23 OGOS 2022
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan bagi menghadiri prosiding hari ke-lima rayuan akhir sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan
Beliau tiba jam 9.20 pagi disambut ratusan penyokongnya yang menunggu kehadiran Ahli Parlimen Pekan itu di pekarangan mahkamah.
Kenderaan yang membawanya berhenti seketika untuk membolehkan Najib menyapa penyokongnya.
Artikel: https://bit.ly/3AFDwwR
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Najib