Polis menumpaskan kegiatan curi kereta mewah yang didalangi "Kumpulan Prem" dengan penangkapan 3 lelaki dan seorang wanita anggota geng itu pada 5 Disember lepas.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’ton Abu Bakar berkata kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan sebuah kereta jenis Porche Panamera di sebuah kawasan perumahan di Taman Subang Murni pada 1 Disember lepas.