Pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah yang perlahan adalah disebabkan prosedur memindahkan infrastruktur utiliti di jajaran projek itu yang memakan masa.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata oleh itu kerajaan negeri merancang untuk melaksanakan projek itu menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).