Hampir 20 buah rumah di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan, di Bidor, Perak terjejas banjir kilat selepas pembetung lombong berdekatan rumah mereka pecah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 pagi.