Peruntukan Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan kepada semua Ahli Parlimen hari ini. Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan peruntukan bernilai RM300,000 itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.