Dewan Rakyat kecoh petang semalam selepas Speaker Azhar Azizan Harun memutuskan untuk meminda keputusan undi blok usul melanjutkan penguatkuasaan subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2022.
Dia mengesahkan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) telah kembali ke Dewan Rakyat untuk mengundi usul itu pada 20 Julai, walaupun telah digantung dua hari oleh Timbalan Speaker Rashid Hasnon awal hari tersebut.
Azhar menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang sebelum ini menggesa speaker untuk meneliti perkara berkenaan.
Ini mendorong Tajuddin bangun membela dirinya, menegaskan dia tidak diarahkan keluar dari Dewan Rakyat pada 20 Julai dan dia keluar atas kerelaannya sendiri.