India dan Pakistan telah menawarkan untuk menghantar rakyat mereka bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida menjawab soalan tambahan Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai bilakah masalah kekurangan pekerja asing akan dapat diselesaikan berikutan sektor minyak sawit dikatakan mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit.