Persidangan Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada ucapan penggulungan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang (RUU) perlembagaan (pindaan) (no. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka menggulung perbahasan Rang Undang-Undang itu pada 2.30 petang.