[TERKINI] Pemangku Raja Pahang minta PDRM tidak siasat Noor Jehan Abu Bakar

AWANI 2022-07-26

Views 1

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melakukan siasatan terhadap Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar.

Tengku Hassanal melalui catatan di instagram telah bertitah, baginda tidak mahu tercetus sebarang drama.

Kenyataan terbaharu baginda timbul selepas media melaporkan, Noor Jehan, yang juga aktivis alam sekitar dan peguam telah dipanggil memberi keterangan kerana didakwa mempersoal kelewatan Tengku Hassanal dalam satu program di Terengganu, pada 18 Julai lepas.

Share This Video


Download

  
Report form