Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan dia ada menerima dana politik berjumlah RM2.6 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).
Selain itu tiga lagi pemimpin yang dinamakan oleh saksi di mahkamah semalam iaitu Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, bekas timbalan presiden MCA, Chan Kong Choy dan bekas setiausaha agung MCA, Ong Ka Chuan turut menafikan menjadi penerima dana UKSB.