Tasik Chini tidak lagi memenuhi kriteria rizab Biosfera UNESCO, atau Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Status rizab Biosfera tasik itu kini dalam penelitian dan pihak berkuasa digesa menyediakan satu pelan terperinci mengenai pengurusan rizab Biosfera Tasik Chini menjelang 30 September depan.