'Kenapa menteri beri taklimat tuntutan Sulu di hotel berbanding Parlimen?'

KiniTV 2022-07-21

Views 1.1K

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengecam tindakan kerajaan kerana memilih untuk membuat taklimat mengenai isu tuntutan waris Kesultanan Sulu di sebuah lokasi tertutup berbanding di Dewan Rakyat.

Teo mendakwa beliau dan ahli parlimen mendapat satu surat jemputan berstatus sulit untuk satu sesi taklimat tertutup berhubung isu terbabit di Hotel Seri Pacific, malam ini.

Taklimat akan diberikan oleh tiga menteri di Hotel Seri Pacific, tiga hari selepas Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul bagi membincangkannya di parlimen.

Share This Video


Download

  
Report form