Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli 'tahu' bahawa Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi popular seperti dahulu.
Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, beliau juga tidak faham mengenai pendirian Rafizi kerana dahulu bekas Ahli Parlimen Pandan itu adalah penyokong kuat Anwar tetapi sekarang ini membuat kenyataan seolah-olah tidak menyokong Anwar.
Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai kontroversi di antara Anwar dan Rafizi dalam Wawancara Eksklusif Sinar Harian.
#BeritaSemasa #PKR #TunMahathir