Kerajaan memberi jaminan akan sedaya upaya menangani kes penipuan visa furada dan syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan menunaikan ibadah haji.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, usaha tersebut diperkukuhkan dengan kerjasama antara Lembaga Tabung Haji (TH), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).