Ketua Pembangkang Sabah, Mohd Shafie Apdal menyatakan pendiriannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenaikan gaji anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Dalam sesi perbahasan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) bagi kenaikan gaji ADUN dan anggota pentadbiran DUN Sabah itu, Mohd Shafie yang juga ADUN Senallang meminta penjelasan formula apa yang digunakan untuk tujuan itu.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=99Lhh-WM38M