Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara tampil membersihkan Sekolah Menengah Agama (ARAB) Yayasan Al Kahriah Di Kupang, Baling yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Istana Negara pada Selasa, kerja-kerja pembersihan melibatkan seramai 73 sukarelawan.
Antaranya pegawai dan kakitangan Istana Negara, pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMROVERS) serta dibantu oleh kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat.