Cuaca panas paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.
Itu yang digambarkan ketua meteorologi Britain pada Isnin mengulas mengenai fenomena cuaca panas yang melanda United Kingdom ketika ini.
Bercakap kepada pemberita Sky News, Paul Davies yang telah bersama dengan jabatan meteorologi lebih 3 dekad mengakui tidak pernah berdepan dengan situasi cuaca panas seperti hari ini.