Dalam mesyuarat yang diadakan hari ini juga katanya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia telah bersetuju untuk meluluskan penggunaan pekerja asing dalam beberapa sektor pekerjaan di negara ini menerusi empat kertas pembentangan.
Ia termasuklah penggajian pekerja asing dan penentuan agensi kawal selia bagi subsektor gudang darat oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).