Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan hingga mengorbankan empat beranak, di kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Ipoh pada Rabu, direman tiga hari, sehingga Sabtu.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin selepas mendapat permohonan daripada pihak polis, bagi membantu siasatan.