Bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada usahawan dalam kalangan generasi baharu FELDA, FELDA turut memperuntukkan dana pusingan sebanyak RM10 juta bagi tujuan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, pinjaman tanpa faedah ini diberikan dengan nilai minimum
RM5,000 hingga maksimum RM20,000 mengikut pakej.