Crackhouse diberi surat tunjuk sebab, beroperasi tanpa lesen hiburan

KiniTV 2022-07-12

Views 892

Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail telah beroperasi tanpa lesen hiburan selama ini dan hanya mempunyai lesen restoran.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali kelab berkenaan pada Selasa.

Operasi kelab komedi itu digantung sejak Ahad lalu susulan siasatan ke atas satu klip video yang tular dipercayai menghina agama Islam.

Share This Video


Download

  
Report form