Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berikrar untuk meneruskan usaha yang dilakukan mendiang Shinzo Abe untuk meminda perlembagaan Jepun.
Kenyataan itu dibuat dalam sidang akhbar pada Isnin, sehari selepas Parti Demokratik Liberal (LDP) dan rakan gabungan mereka meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Parlimen.