Dua lelaki warga asing ditahan selepas didapati cuba menyeludup keluar minyak masak bersubsidi di kawasan perairan Pulau Omadal.
Kedua-dua suspek ditahan menerusi Ops Tapis yang dijalankan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Semporna pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pasukannya mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan.