Hari Raya Aidiladha disambut meriah di Indonesia walaupun dibayangi penyakit kaki dan mulut (FMD) dalam kalangan haiwan ternakan.
Setelah 32 tahun bebas daripada penularan FMD, kerajaan kini bertungkus-lumus menangani kes jangkitan yang terus meningkat dengan 21 wilayah merekodkan jangkitan.