Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe menawarkan peletakkan jawatannya dan memberi laluan kepada kerajaan perpaduan yang baharu.
Keputusan dibuat dalam satu mesyuarat kabinet tergempar, selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa meninggalkan kediaman rasminya di Colombo yang diceroboh penunjuk perasaan.