Vaksinasi dan amalan langkah kesihatan awam masih merupakan strategi utama dalam menghadapi gelombang baharu COVID-19.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, masih terdapat lebih 30 peratus golongan dewasa di negara ini yang masih belum mendapatkan dos penggalak setakat 7 Julai.