Pengurusan dana kewangan berdaulat antara topik yang dibincangkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika kunjungan hormat di istana, Jalan Orchard, Singapura Pada Khamis.
Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan beberapa perkara lain termasuk kerjasama ekonomi antara Sarawak dan republik itu.