Hasrat beberapa pemimpin politik termasuk dari kalangan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu mengadakan protes jalanan berhubung beberapa isu termasuk kenaikan harga barang dilihat sebagai tindakan yang tidak membantu keadaan.
Sebaliknya, pemimpin berkenaan dipelawa oleh Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, untuk melapangkan masa menemui beliau bagi berbincang dan berkongsi idea bagi menangani masalah yang melanda negara ketika ini.