Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai khayal di kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan susulan tular video berkenaan di laman media sosial pada Jumaat.
Menurut laporan Sinar Harian video berdurasi 40 saat itu menunjukkan lelaki terbabit menunggang motosikal berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.