Siap siaga, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijangka berlaku pada bila-bila masa.
Itu pesanan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kepada semua jentera parti itu di Sabah.
Beliau berkata, semangat kekitaan dan kesepakatan yang tersemai sepanjang Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 perlu diteruskan serta dibawa ke bahagian masing-masing bagi membolehkan BN menang besar di Sabah.