Bagi Dr Nur Dayana Mohamed Ariffin, terdapat tiga perkara yang perlu dititikberat kerajaan Malaysia dalam era Ferdinand Marcos Jr sebagai Presiden Filipina yang baharu.
Pensyarah Kanan Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya itu berkata, tiga perkara tersebut ialah ketenteraan, isu masyarakat tanpa kerakyatan di sempadan Sabah, serta hubungan komersial antara dua negara.