Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa terbabit dalam sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.