Umat Islam dinasihatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati sebelum menggunakan khidmat mana-mana pihak yang menawarkan visa furada bagi menunaikan ibadah Haji.
Jelas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji palsu.