Mayat kanak-kanak lelaki yang lemas ketika mandi laut dekat jeti nelayan Bagan Ajam, Butterworth semalam ditemui kira-kira jam 9.15 pagi tadi oleh nelayan yang menyertai operasi mencari.
Mayat Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah, 11, ditemui terlekat pada tali pukat dan diselaputi selut, 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.