Kementerian Belia dan Sukan, KBS akui turut kecewa dengan keputusan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadualkan dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Dalam hal ini, KBS berpendapat semua atlet seharusnya meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.