Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersenyum ketika menerima wang rasuah RM100,000 pada 2013, kata saksi pendakwaan di mahkamah hari ini.
Pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan tersebut semasa perbicaraan rasuah terhadap Lim hari ini.